Assalamualaikum .. hai semuaa !
Windu nak berblog blog ni , even tokleh upload gamba . Taktau nape . Bila nak upload je , mesti dia suh download ape mende nama natang tuu .. haishh . takpe laa . Abaikan jela ..
Okay , sebenar benarnya takde laa lama sangat pun tak update blog ni .. baru je bape hari lepas update . Saje gedik post macam gitu kat fb . Haha .
Okay , bila tengok tajuk tuu macam agak .. tettt !
Tajuk nak romantik aje .. hihi .
Baru dua hari lepas baca satu novel , novel ' usai .. aku terima nikahnya '
Sinopsis :
Puteri nur aina .. seorang gadis kampung yang dijaga pak ngah dan mak ngah dari kecik . Bila umur menjangkau usia 19tahun , puteri dipaksa kahwin dengan iskandar hafiz . Anak mak long dan pak long . Atau dengan terperinci , sepupu angkat si puteri ni ..
Tujuan asal mak long kahwinkan puteri dengan iskandar sebab nakkan tanah pusaka milik datuk kandung puteri iaitu bapa angkat kepada mak long dan pak ngah .
Mak long dan pak ngah sama sama tamakkan harta . Dan sebab mak long ni lebih cekap dari pak ngah , dia bawak lari si puteri ni dari rumah pak ngah dan terus kahwinkan puteri dgn iskandar hafiz . Niat jahat mak long bila selesai rebut tanah milik puteri , mak long nak iskandar ceraikan puteri atas alasan si iskandar hafiz ni dah ada STEADY GIRLFRIEND iaitu
Wan marini yang masa tu tengah kerja kat indonesia .
Dalam dok dengan niat jahat si mak long , puteri dgn iskandar pun dah jatuh tahap sayang . bila si mak long ni dapat tahu , terus mengamuk .. tambah2 bila tanah pusaka yg dia raas dari puteri tu tak termasuk dalam projek kerajaan dan mak long pun tak dapat pampasan juta juta .
Mak long pun nak cederakan puteri , sampai laa iskandar terpaksa bawak diri ke jerman sbb tak tahan dengan sikap mak dia . dan dalam masa yang sama , kesiankan si puteri ni terseksa . Selama iskandar pergi ke jerman . Puteri bersedih sbb iskandar pergi tak cakap apa apa pada puteri . Iskandar cuma berhubung emel dgn khalif , kawan baik iskandar utk jagakan puteri .
Dalam masa yang sama , puteri disahkan mengandung 2 bulan , dan selama tu jugak puteri bersedih sbb terlalu harapkan iskandar utk ada disisi puteri . Malangnya iskandar tak tahu sume tuu ..
Sampai laa masa nak beranak , khalif yg jaga puteri .. dan lahir lah seorang baby lelaki yg diberi nama iskandar a'dif b iskandar hafiz . Atau dikenali sbgai JI aka junior iskandar .
Selepas beberapa hari , puteri nekad pergi jumpa iskandar di jerman . Dan niat puteri agar dia dapat bagitahu iskandar mengenai JI . Malangnya wan marini dtg dan mengamuk , puteri pun lepaskan tgn dia dari iskandar . Dan iskandar dgn sayu tak kejar utk pertahankan cinta dia kpda puteri . Dia biarkan puteri buat andaian yang iskandar memang tak perlukan puteri lagi .
Puteri balik ke malaysia malam tu juga .. dengan satu harapan , iaitu utk terus kuat tanpa iskandar .
Hari berlalu , bulan demi bulan pergi , tahun berganti tahun , puteri dah berjaya buka syarikat dalam bidang makanan . JI pun dah berusia 3 tahun , baru iskandar terfikir nak dapatkan puteri kembali macam dulu .
Dan bila iskandar balik , dia tgk puteri jauh berubah dari puteriyang berusia 19 tahun ketika dia tgglkan dulu . Puteri skrg lebih matang , lebih yakin .
Puteri ingatkan , iskandar balik sebab nak lepaskan puteri . Sbb perjanjian masa mereka mula2 bernikah adalah dala tempoh 5 tahun . Dan sekarang 5 tahun usia perkahwinan mereka .
Puteri kata yang dalam hati dia dah kosong tanpa iskandar . Iskandar kecewa , kerana ego .. dia biarkan puteri kuat seorang diri . Dia biarkan puteri sedih . Dia gagal menjaga satu satunya isteri , puteri .
Iskandar lepaskan puteri , dan puteri pun berkahwin dengan khalif kerana bagi puteri , khalif sentiasa disisinya .
Jodoh puteri tak panjang dgn khalif sebab khalif menghidap brain tumor . Khalif meninggal 2 tahun lepas perkahwinan mereka . Meninggalkan puteri dgn anak perempuan mereka , puteri ain khalifa .
JI merancang untuk menyatukan mama dan papa nya kembali .
Setelah berbagai2 alasan puteri bagi .
Akhirnya puteri kalah dengan anak sulung nya , JI .
Puteri tak dapat menolak yang dia masih memerlukan seorang suami , dan anak2 nya masih memerlukan seorang papa .
- tammat -
Okay penat , bye . Nanti sambung lagik . Haha ! Happy reading :)