10 June 2013

hidup ini memang untuk kamu

Hidup ini memang untuk kamu . Ikhlas .. 
Dari hari pertama hingga hari ini , dan mungkin sampai habis nafas aku hembuskan . Memang hidup ini untuk kamu SUAMI . 

Bayangkan jika 2 tahun yang lepas aku mengalah dengan dugaan . Bayangkan jika 2 tahun lepas aku kalah dgn semua ni .. 

Tuhan -- 
Izinkan aku bahagia . 
Dengan anugerah Mu untuk hidup ini . 
Aku sumpah setia untuk ikatan ini , 
Aku sumpah menyayangi dia sampai habis waktu , 
Tabahkan aku ye tuhan ? Aku mohon -- 
Sekali ini saja , kuatkan aku sampai bila bila . 

Ps : demi nama Tuhan , tiada yang lain dalam hidup ini selain syurga yg terletak dibawah telapak kaki kamu wahai lelaki yang bergelar SUAMI . Demi nama Tuhan , aku cintakan kamu sebagaimana Tuhan mencintai kamu . demi nam Tuhan , aku tak mampu sembunyikan walau secubit pun rasa khuatir kehilangan kamu . Demi nama Tuhan , aku cintakan kamu haizat :'(

29 May 2013

permata buat isteri

Telah ku siapkan , 
Satu daerah paling sunyi .
Dalam hati ini , untuk kau isi ..
Sebagai isteri .

Untuk kau penuhi , 
Dengan kemuliaan seorang wanita . 
Untuk kau beri erti dengan kelembutan , 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang . 

Ku ingin kau jadi wanita mulia .
Yang tahu harga budi dan hati . 
Seorang lelaki bernama suami . 

Kerana kau isteri , 
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini . 
Tak semudah yang kita janjikan . 
Yang kita janjikan , 
Kerana kau isteriku . 


Mohd rohaizat bin hasim . Suami aku untuk 25 may 2013 , untuk semalam , untuk hari ni dan in shaa Allah .. untuk nafas akhir aku . 
Sepanjang setahun 6 bulan perkenalan kita .. daripada kenal sbgai kawan , kita jadi rapat , sampai kita bertunang , dan 25 may kita SAH jadi suami isteri . 

Tak ada yang dapat aku bandingkan dengan kasih sayang aku pada suami aku . Macam2 dugaan .. macam2 halangan .. macam2 ujian .. cuma Allah swt je tahu perasaan aku . Sebab tu macam mana dugaan yang datang pun . Aku janji , aku tetap akan pegang janji kita . Bukan sebab duit , bukan sebab paras rupa . Tapi sebab aku yakin aku mampu bertahan untuk hubungan kita . Aku yakin aku mampu untuk bersama dia susah senang . 

Dan harini , 29 may 2013 . Dah 5 hari kita jadi suami isteri . Demi nama Tuhan , aku bahagia dengan hidup ni . Aku bahagia dengan suami aku . Aku bahagia dengan segala-gala yang aku ada hari ni . 

Demi nama Tuhan , aku janji aku akan jaga dia sebaik mungkin . Aku janji aku akan bahagiakan dia sehabis mungkin . Aku janji aku akan jadi isteri terbaik untuk dia yang bergelar suami . 

" terima kasih b untuk kasih sayang ni . Sayang bahagia jadi isteri b . Cuma Allah je yang boleh pisahkan kita , selagi sayang ada .. selagi tu sayang akan jaga b . Selagi tu sayang akan buat b bahagia dengan hidup kita . Tak ada yang dapat sayang buktikan cinta sayang melainkan hidup sayang sendiri . Sayang serahkan seluruh hidup sayang untuk b . Untuk suami sayang sorang . Demia nama tuhan , cuma b sorang . In shaa Allah , sampai mati sayang jaga b " 

17 May 2013

disaat sendiri

Hari ni , hari Jumaat . 17 May 2013 . Sekarang pukul 9:42pm . 
Saja duduk dalam gelap . On tablet , search lagu Dadali - Disaat Sendiri . Entah kenapa , 
Lagu ni takde apa apa yang membawa maksud pun . Cuma lagu ni best sebab lirik dia , sebab sound dia . Plus , aku mmg minat dgn band Dadali ni . So , terima laaaa ! 


Hari demi hari telah ku lewati 
Tak pernah aku bersama mu lagi 
Tak pernah aku menduga 
Kau akan pergi tinggalkan aku 
Jauh kau pergi tinggalkan diriku 
Sepi hati ini membunuhku 
Ku cuba untuk cari pengganti mu 
Namun tak ada yang seperti mu 
*chorus*
Rindu aku sangat rindu kamu 
Terasa setiap kau masih ada didekat ku 
(Terasa saja kau masih ada didekat ku)
Tak mudah aku melupakan dirimu
Disaat aku terbangun dari tidurku
(Disaat aku sendiri)

Dadali - disaat sendiri . 

* actually masa tengah dengar n tgh taip entry ni .. tetiba teringat arwah atok . Kalau arwah atok masih ada lagi hari ni , mesti arwah atok gembira . Sebab masa aku kecik , arwah suka cakap nanti bila aku kahwin , dia nak kenduri aku buat kat dewan . Dan kalau arwah masih ada lagi hari ni , mesti arwah antara orang yang paling happy skali . Bagi aku , arwah atok bukan atok tiri . Tapi arwah atok tetap atok aku yg terbaik . Aku sayangggg arwah . 


" tok , kalau tok dengar .. kalau tok nampak atin kat sini . Atin nak tok tahu , atin nak tok nampak . Atin bahagia kat sini . Atin rindu kat tok . Atin mintak maaf kalau ada buat tok sedih dgn perangai atin . Atin tahu , atin tak sempat mintak maaf kat tok . Atin harap , tok maafkan atin . Atin sayang tok "

25th May 2013

" Sayangg , i love you so much . Nak baby ramai ramai yeeee "

Assalamualaikummmm , salam jumaat 17 may 2013 semuaaaa . Hihikkk , gambar atas tu saja je propa sikit . Al maklum laa , lagi ...... *kira pakai jari* 8 hari je sebelum jadi isteri org :) in shaa Allah , kalau dipanjangkan umur . Dan semoga majlis berjalan dengan lancar . Aminn !

Now playing : zivilia - aishiteru 3 

Okayy , malam tadi inbox dgn intan kat facebook . Intan ni bestttttt friend sejak dari zaman sekolah menengah lagi . Dia laa yg kepala gila . Kepala haru . Semua diaa . Kitorg dah kawan selama 8 tahun since tingkatan 1 . Aku budak baru kat sekolah tuu . Kiranya dia laaa antara yg aku start sengih sengih dulu . Ngahaha !

Semalam inbox kosong . Sampai tetiba part mula  memasing touching . Aku tanya dia buat ape . Dia cakap dia tgh dgr lagu aishiteru 3 . Kebetulan aku pulak tgh dgr lagu dadali - disaat sendiri . Mmg tgh layan je dgr lagu tuu . Aku suh intan dgr . Tak lama tu dia ckp , lagu tuu sedeh . Seeeeeee ! Betapa jiwa kami ni sama .. mih mih mih ^^,
Pastu mula laa ckp intan teringat ex bopren laa ape laa . Haihh . Jujur , aku dgr lagu tu .. aku takde ingat sape2 . Aku teringat masa aku dgn tunang aku bergaduh n kitorg tak contact sebulan lebih . Keadaan aku sgt teruk time tuu . Sgt takde arah . Yg intan pulak , ingat ex bopren dia si Zack . Intan pun dh plan nak bertunang dgn syukri . Schoolmate aku masa sekolah rendah . In shaa Allah , aku harap jodoh korang berpanjangan ye . Jgn gaduh gaduh eh .. aku syg korang . Ingat , kau je sahabat susah senang aku . Aku nak kau dgn syukri ada masa aku nikah nanti . Kau kawan aku sampai bila bila . SAMPAI BILA BILA ! 


13 May 2013

19 TAHUN 9 BULAN

Sembilan bepas tahun sembilan bulan . Yea , aku sedang menghitung hari untuk genap 20tahun . Dan pada umur 20 tahun ni , aku bergelar tunangan orang dan bakal isteri . 

Sembulan belas tahun sembilan bulan .. 
Aku lasak , boleh dikatakan sebagai tomboy . Sbb rambut tak penah panjang . Kawan dgn budak laki , budaknperempuan pun cuma sorg , SARA . dia laa bestfriend aku , tu pun masa darjah lima . Masa darjah satu , dajah dua , darjah tiga , darjah empat .. mmg takde kawan rapat dgn perempuan , mana kawan along angah .. tu la jugak kawan aku . Panjat pagar , panjat tembok rumah semata mata nak ikut dorg keluar . Haihh , jahat nya aku -.- 

Masuk je darjah lima , aku rapat dgn SARA . Petang petang naik basikal g rumah dia , masani aku dah start ada naluri perempuan sikit sbb dah mula suka gosip , dah mula suka main buaian . Main basikal ronda taman ala ala budak comel pakai mini skirt gituu . Puiii !

Kendian , bila dah rapat dgn SARA  aku dh start minat study . Hari2 pegi belajar dgn SARA  lagi satu sebab aku pegi sbb mak dia cikgu , bila kitorg study je mak dia selalu masak nugget . Ngehh ngeh ngehh :3 and babah dia baik ., abg abg sara baik , beman dgn belan pon ramah . 

Aku dgn sara pun study study sampai je exam , dpt result tgk tgk aku no 5 , sara no 6 . Seeeeeeee , betapa bagus nya aku bila stat jadi perempuan . Rambut pun dh panjang . Baju pun kalau boleh nak ada ropol2 jeee . Gituuu ! 

Naik sekolah menengah , aku pindah sekolah , aku dgn sara dh lain2 skolah . Uhukk uhukk . Kitorg dh tak rapat . Penah jumpa tapi mcm dah malu2 sbb masing2 dah kontrol cun , bajet aku cantik kau tak . Kau makin tinggi , aku tetap pendek . Okay demm ! Haha . 

Masa sekolah menengah , aku salah pilih kawan mungkin . Atau aku yg tak pandai nk bawak diri . Aku ponteng skolah . Menyorok dlm tandas petronas sampai waktu rehat . Tak masuk kelas . Kain singkat , tudung pendek , stokin kaler2 , bawak henpon , gedik nk ade abg2 angkat . Tapi abg angkat aku satu je .. nama dia Al-Arm . Main balas2 surat . Shitt . Bapak bodoh nya aku zaman tuu -___- then bila aku menang ape2 , naik pentas amik hadiah , kwn al-arm sorak2 nama Al-Arm . Vavi deme nihh . Aku dgn abg angkat aku takde call2 pon , sbb dia budak hostel . Lagipon cm nerd2 je dia tu . Bhaha . Pastu bila dah menengah atas , kes budak bwh lak nk jadik adik angkat . So kiranya aku ni cm kakak kakak laa time tuu . Haktuihh . Aku ade adik angkat . Nama dia hafiz . Dia lembut , tapi cm blur2 je .. aku syg gila adik angkat aku tuu . Sbb dia lelaki tapi cm pmpn . Dia ajak aku masuk tarian . Whatta ?! Aku pun terpengaruh , habis tiap2 hari berlatih tarian kt skolah . Pakai baju kilat2 , menari time hari sukan , hari guru , hari kokurikulum . Hari kantin . Wuuwuuu . Kena senyum tengah2 padang pakai baju kilat . Please laa bayangkan perasaan aku yg rasa cm tah pape tuu . 

Sampai abis skolah , aku lost contact dgn hafiz . Rindu lak bila teringat dia senyum sambil panggil aku "kak fatin.." haha . Cukup zaty cukup .. 

Rindu woi zaman budak2 .. uwuwuwuwuwuw :'(

01 May 2013

sedih

AKU BENCI PERASAAN YANG MACAM NI .. KENAPA MESTI ADA RASA MACAM NI ? KENAPA MESTI ADA RASA SEDIH ? ALAAAA , MENYAMPAH . AKU TAK SUKAAAAAAA !!!!

28 April 2013

monthlysary ke pilihanraya ??

Assalamualaikum .. haaaaa , kelas kau jah pakai tulisan biru . Haha -_________- 
Okay , bukan laa ape . Harini 28 april 2013 .. HAPPY 17TH MONTHLYSARY ABYYYYYYYYY ! Hohoholiooo .. mlm ni belanja burger yukk . Apelah sgt 10 hengget sorg . Ngeee ~
Okay , bukan laa nak ckp pasal tu sgt . Wish dh wish pon kt dia ..

________________________________________________


Lately ni , semenjak nak PRU13 ni .. aku bukan laa sorg politik tegar mcm segelintir dari mereka . Aku sekadar mengikut perjalanan politik malaysia . Macam yang aku nampak , ada yang suka2 mengkafirkan sesama islam . Ada yg menyamakan Nabi Muhammad saw dengan pemimpin . Aiks , better cepat laa tersedar . Bg aku , nabi Muhammad itu cuma Satu . Tiada seorang hamb pun yang layak utk disamakan dgn Baginda . Tolong laa , politik jgn laa terlalu taksub dgn kata2 pemimpin kannnn . Bukan apa , takot nanti tersuka suki sedap tekak korg je buat fatwa sendiri . Yelaaa , salah sendiri mana nak sedoooo . Asyik salah org je yg korg titik beratkan . 

__________________________________________________


Cuma jgn laa terlalu taksub sampaikan bila pendapat kita tak sama dgn pihak sana , kita mencaci maki .. hamun hamin ape semua . Well , negara kita negara demokrasi . Negara kita negara freedom of speech . So , terima laa siapa pin pilihan mereka . Begitu juga mereka , terima laa siapa pun pilihan kita . 

Dan , thanks . So far , selamanya Barisan Nasional :) 


SELAMAT MENGUNDI . UNDI ITU RAHSIA . JANGAN INTAI INTAI YEEEE !