29 May 2013

permata buat isteri

Telah ku siapkan , 
Satu daerah paling sunyi .
Dalam hati ini , untuk kau isi ..
Sebagai isteri .

Untuk kau penuhi , 
Dengan kemuliaan seorang wanita . 
Untuk kau beri erti dengan kelembutan , 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang . 

Ku ingin kau jadi wanita mulia .
Yang tahu harga budi dan hati . 
Seorang lelaki bernama suami . 

Kerana kau isteri , 
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini . 
Tak semudah yang kita janjikan . 
Yang kita janjikan , 
Kerana kau isteriku . 


Mohd rohaizat bin hasim . Suami aku untuk 25 may 2013 , untuk semalam , untuk hari ni dan in shaa Allah .. untuk nafas akhir aku . 
Sepanjang setahun 6 bulan perkenalan kita .. daripada kenal sbgai kawan , kita jadi rapat , sampai kita bertunang , dan 25 may kita SAH jadi suami isteri . 

Tak ada yang dapat aku bandingkan dengan kasih sayang aku pada suami aku . Macam2 dugaan .. macam2 halangan .. macam2 ujian .. cuma Allah swt je tahu perasaan aku . Sebab tu macam mana dugaan yang datang pun . Aku janji , aku tetap akan pegang janji kita . Bukan sebab duit , bukan sebab paras rupa . Tapi sebab aku yakin aku mampu bertahan untuk hubungan kita . Aku yakin aku mampu untuk bersama dia susah senang . 

Dan harini , 29 may 2013 . Dah 5 hari kita jadi suami isteri . Demi nama Tuhan , aku bahagia dengan hidup ni . Aku bahagia dengan suami aku . Aku bahagia dengan segala-gala yang aku ada hari ni . 

Demi nama Tuhan , aku janji aku akan jaga dia sebaik mungkin . Aku janji aku akan bahagiakan dia sehabis mungkin . Aku janji aku akan jadi isteri terbaik untuk dia yang bergelar suami . 

" terima kasih b untuk kasih sayang ni . Sayang bahagia jadi isteri b . Cuma Allah je yang boleh pisahkan kita , selagi sayang ada .. selagi tu sayang akan jaga b . Selagi tu sayang akan buat b bahagia dengan hidup kita . Tak ada yang dapat sayang buktikan cinta sayang melainkan hidup sayang sendiri . Sayang serahkan seluruh hidup sayang untuk b . Untuk suami sayang sorang . Demia nama tuhan , cuma b sorang . In shaa Allah , sampai mati sayang jaga b "